butterfly

Accessorize2

Saturday

Nasi Ayam Dengan Ayam Goreng Rempah




Nie nasi ayam yg lengkap..



Yang nie pulak ayam goreng rempah sebelum di hias.



Haa.! nie larr ayam goreng rempah tadi.. Tak nampak dh macam ayam kan nampak macam ulam sayur pown ada jugak kan.. hehe over hias nie.



Yang nie pulak sambal nasi ayam tue memang power.. Makan dengan nasi tue memang menangis lah.!



Makan tanpa sup nasi ayam nie memang tak best larr kan.! Nie sup ayam.



Last sekali jadi larr nasi ayam yang betul-betul lengkap tapi gambar nie tak lengkap saje xamek gmbar lengkap sebab tue amek gambar single tadi.! 
Apa-apa pun selamat menjamu selera.!




Thursday

ApaM PolKAdoT DoT doT....

Bahan-bahan



  • 3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling secukupnya (saya pakai jem strawberi)
  • pewarna
  • 50-80 papercups medium
  • acuan kuih lompang

  • Cara-cara
    1. Masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima
    2. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima.
    3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
    4. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping beg
    5. Sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (supaya apam tak melepek nanti)
    6. Picitkan adunan ke dalam papercup (setengah jak)
    7. Letakkan filling di tengah2 (letak jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit ;D)
    8. Picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup.
    9. Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
    10. Lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit.

    kEk puDinG KaraMeL

    Bahan-bahan


    Karamel
    • 60g gula
    • 1 sudu besar air
    • 2 sudu besar air


    Puding
    • 4 biji telur
    • 500ml susu segar
    • 70g gula
    • sedikit esen vanila
    Kek span
    • 70g tepung gandum
    • 60g gula halus
    • 2 biji telur
    • 20g mentega- dicairkan

    Cara-cara

    1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
    2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
    3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
    4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
    5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
    6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
    7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
    8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
    9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
    11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
    12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

    kEk cAramEL

    Bahan-bahan


    (A) Gula Hangus
    - 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
    - tabur gula dlm loyang & masak atas api slow..biar gula hancur & warna jadi perang.
    - ketepikan.

    (B) Atas
    - 1/2 tin susu cair (200ml)
    -70gm gula kastor
    - 1/2 st vanila
    - 3 biji kuning telur

    (C) Kek
    - 140gm tepung gandum
    - 70gm gula kastor
    -3 biji kuning telur
    -135ml air biasa
    - 1 st baking powder
    - 45ml minyak masak @ butter cair

    (D) Merinque
    - 6bj telur putih
    -70gm gula kastor
    - 1 st krim of tartar



    Cara-cara


    * Kacau semua bhn (B) perlahan2 jgn sampai berbuih ya.
    * Masukkan (B) tadi ke dlm loyang (A). Ketepikan.
    * Pukul bahan (C) - guna senduk cukup!
    * Pukul bahan (D) hingga kembang & bila angkat tak jatuh!
    * Campurkan (C) & (D) . Gaul dgn senduk hingga sebati.
    * Bahagikan kpd beberapa bahagian & warnakan.Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus tadi (A+B).            Selang seli letak tgh loyang.
    * Bakar secara double boil - 1 jam / 160-180'C
    * Setelah masak angkat & rehatkan 10minit baru terbalikkan kek .
    * Sedap dimakan sejuk2
    yang penat menaip ekinn_eiin